BAYARAN & PENGHANTARAN

>> Wednesday, October 7, 2009

Penghantaran

1) Pihak kami akan membuat penghantaran selepas pembayaran dibuat sepenuhnya (sila rujuk Cara Pembayaran).

2) Pihak kami hanya menggunakan perkhidmatan Pos Laju yang disediakan oleh Pos Malaysia. Ini bagi menjamin keselamatan dan kelancaran proses penghantaran.

3) Nombor Rujukan Pos akan diberikan selepas penghantaran dibuat bagi memudahkan pelanggan membuat rujukan.

4) Pihak kami juga akan memaklumkan kepada pelanggan tentang penghantaran melalui SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) dan email (jika ada).

5) Pihak kami tidak bertanggungjawab kepada apa-apa kerosakan dan kehilangan yang disebabkan oleh pihak Pos Malaysia. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memastikan setiap barangan telah dibungkus dengan baik sebelum ianya dihantar kepada pelanggan.

6) Pihak kami akan membuat penghantaran dalam masa 1-2 hari bekerja selepas pembayaran telah dibuat sepenuhnya (sila rujuk Cara Pembayaran).


Cara Pembayaran

1) Kami hanya menerima pembayaran melalui beberapa akaun utama bank di Malaysia (Maybank & CIMB sahaja). Pembayaran boleh dibuat melalui CDM (Mesin Deposit Tunai), Western Union dan juga melalui perbankan internet.

2) Sekiranya anda menggunakan Interbank Giro Transfer (Permindahan Melalui Bank Berlainan), pihak kami akan memastikan pembayaran itu telah dikreditkan sepenuhnya ke dalam akaun kami sebelum penghantaran dibuat.

3) Untuk transaksi ini, kami akan berikan akaun bank kami selepas pelanggan membuat pengesahan pembelian. Sila maklumkan kepada kami melalui email atau SMS selepas pembayaran dibuat. Sila berikan kami butiran seperti Nama, Jumlah Wang Yang Dimasukkan, Tarikh dan Masa Transaksi, Nama Bank dan Jenis Pembayaran (CDM, Western Union atau Perbankan Internet).


4) Kos penghantaran akan dikenakan mengikut kadar Semenanjung (RM6) dan Sabah/Sarawak (RM9) untuk setiap item. Kadar ini tidak meliputi negara-negara lain. Sila rujuk kepada kami terlebih dahulu mengenai kos penghantaran selain dari yang dinyatakan.

5) Sekiranya anda membeli lebih daripada 1 item, pemotongan kos penghantaran akan dipertimbangan.



Pembayaran Boleh Dibuat Melalui:


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Labels

Archive

Fanpage

  © Stuff4Ladies(TM) Diuruskan oleh My Bride 2010

Back to TOP